
FAMA Corporation Sdn. Bhd atau FAMACO merupakan anak syarikat kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM). Syarikat ini telah diperbadankan pada 15 Ogos 1994.
Visi
Misi
Fungsi-fungsi Utama
2) Import: Melaksanakan aktiviti mengimport hasil pertanian segar seperti kelapa. Kilang Kopi FAMA Banting: Memberi peluang untuk perkhidmatan Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada syarikat yang berminat.
3) Peruncitan: Rangkaian outlet runcit yang berperanan untuk memasarkan produk Industri Asas Tani dan produk keluaran jenama AgroMas sendiri.
FAMACO berperanan untuk mewujudkan pemangkin dan pembolehdaya suasana sedemikan rupa supaya pemasaran komoditi, produk keluaran pertanian dan industri asas tani dapat berkembang di dalam dan luar negara yang seterusnya mampu meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat yang lebih baik.

FAMA Corporation Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk mengedarkan produk jenama Agromas yang dimilik sepenuhnya oleh FAMA. Produk Agromas diedarkan melalui rangkaian outlet Agrobazaar serta kedai-kedai edaran yang dikendalikan oleh Pusat Operasi Negeri. Sehingga kini, terdapat lebih 300 outlet pasaraya yang mengedarkan produk Agromas.
