FamaCorp

Latar Belakang

  • FAMA Corporation Sdn. Bhd atau FAMACORP merupakan anak syarikat kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM).
  • Syarikat ini telah diperbadankan pada 15 Ogos 1994.
  • FAMACORP berperanan untuk mewujudkan pemangkin dan pembolehdaya suasana sedemikan rupa supaya pemasaran komoditi, produk keluaran pertanian dan industri asas tani dapat berkembang di dalam dan luar negara yang seterusnya mampu meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat yang lebih baik.
  • FAMA Corporation Sdn. Bhd mempunyai hak sepenuhnya untuk mengedarkan produk jenama Agromas.
  • Jenama Agromas merupakan jenama hak milik FAMA sepenuhnya.

Visi

Menjadi pemangkin untuk memaksimum pengeluaran produk pertanian dan hortikultur industri asas tani tempatan serta memaksimum penggunaannya dalam industri berasas pertanian negara.

Misi

Misi syarikat adalah untuk memposisi produk pertanian dan hortikultur tempatan sebagai produk pilihan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Fungsi-fungsi utama

  • Eksport: Memasarkan dan mengedarkan produk makanan jenama AgroMas dan memperkasakan lagi jenama ini ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • Import: Melaksanakan aktiviti mengimport hasil pertanian segar seperti kelapa.
  • Kilang Kopi FAMA Banting: Memberi peluang untuk perkhidmatan Original Equipment Manufacturer (OEM) kepada syarikat yang berminat.
  • Peruncitan: Rangkaian outlet runcit yang berperanan untuk memasarkan produk Industri Asas Tani dan produk keluaran jenama AgroMas sendiri.